Wednesday, November 07, 2012 with 0 Comment(s)
Percayalah yang Allah sentiasa ada untuk Hamba-Nya yang mengingati-Nya. Bahawanya Dia mendengar setiap rayuan dalam doa kami. Dan sesungguhnya Dia sentiasa berada di sisi orang yang beriman, yang tabah, sabar dan selalu berjuang. Percayalah yang terbaik selalunya akan datang secara perlahan, jika kita sabar menempuhi segala dugaan-Nya. Dan tiada duka dan kesedihan yang abadi di dunia ini. Kerana semuanya akan berakhir dengan indah. InsyaAllah. Ini semua tandanya Allah sayang sangat. Dan kerana kita pun sayang juga, jiwa ini akan selalu berdoa dan mengingati. Selagi masih bernyawa. Percayalah.